MAJLIS BMD JERAYAWARA (BHD) 03(03/2020): PENDAFTARAN PEMAJU PERUMAHAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 07 Mac 2020 - Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin Bin POKAPDSS Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) selaku Pengerusi Lembaga Pemaju Perumahan.
Dalam ucapan Pengerusi Lembaga Pemaju Perumahan memaklumkan Perintah Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan), HDO 2012 telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan pada 16 Ogos 2012 yang akan dikuatkuasakan pada tahun ini dan Lembaga Pemaju Perumahan (BHD) telah ditubuhkan pada 25 April 2018 yang mana telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan proses pendaftaran, Peraturan – Peraturan untuk menjalankan Perintah tersebut.
Yang Mulia Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) selaku Pengerusi BHD menyampaikan kata alu – aluan.
Tujuan Perintah Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan), HDO 2012 adalah untuk melindungi kepentingan orang ramai atau pembeli rumah di pasaran swasta, dengan menyediakan keperluan tertentu untuk pemaju seperti perlesenan, deposit projek akaun, pengauditan akaun dan penguatkuasaan.
Perlesenan Pemaju Perumahan ini adalah bagi kemajuan perumahan atau mixed development (perumahan dan komersial) yang melebihi empat (4) unit dan ke atas. Lesen pemaju perumahan termasuk dengan proses kebenaran pembangunan seperti mendapatkan Planning Approval, Building Plan Approval dan Occupation Permit.
BHD membentangkan mengikut Seksyen 11, HDO 2012 dimana Pemaju Perumahan Berlesen sahaja yang dibolehkan memakai atau menggunakan perkataan –perkataan "pemaju perumahan" atau "housing developer" atau mana- mana kata terbitannya atau mana – mana perkataan yang menunjukkan perlaksanaan pemajuan perumahan.
Sesi soal jawab diantara Pengerusi Lembaga, ahli- ahli Lembaga dan Pendaftar BHD bersama pemaju- pemaju perumahan, Pembina – Pembina dan jemputan lain
Yang Mulia Pengerusi Lembaga Pemaju Perumahan juga memaklumkan Pendaftaran sebagai Pemaju Perumahan akan dibukakan pada 01 April 2020. Pendaftaran ini membolehkan BHD mengenalpasti Pemaju Perumahan yang menjalankan projek perumahan dan mixed development.
Permohonan dan borang pendaftaran bolehlah didapati daripada Urusetia BHD, Divisyen Pengurusan Lembaga (BMD), Kementerian Pembangunan, Tingkat Bawah, Bangunan Kemenetrian Pembangunan atau melalui emel ke bhd.sec@mod.gov.bn. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi, secretariat BHD ditalian 2383222 ext 179/ 165.
Majlis turut dihadiri oleh ahli – ahli dan Pendaftar Lembaga Pemaju Perumahan, pemaju – pemaju perumahan, pembina – pembina, pegawai – pegawai dari Kementerian Pembangunan dan Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Council.